Anak Soleh….
Itulah yang bermain difikiran anak…anak soleh atau solehah ni idaman setiap mereka yang bergelar anak… adakah kita tergolong dalam ciri – ciri anak soleh dan solehah??? Mari kita fikir sejenak..
1 ) Mentaati kedua ibu bapa
Anak yang soleh dan solehah ini sentiasa mentaati ibu bapa mereka selagi mana ia tidak terkeluar dari syarak…Kita yang sebagai anak ni adakah sentiasa mentaati kedua ibubapa kita ??? cube kita renung dan muhasabah balik diri kita…adakah kita pernah menaikkan suara di depan mereka ataupun kita pernah menyakiti hati mereka ???
Moga-moga kita tidak tergolong didalam golongan di atas…
Firman ALLAH di dalam surah AL-ISRAA’ ayat yang ke 23 juzuk yang ke 15 yang bermaksud : “ Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA ( ALLAH )
dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa mu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ ah “ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka ucapan yang mulia “.
Disini dapat kita melihat betapa untuk kita hendak menjadi anak yang soleh dan solehah perlu mengelakkan diri kita daripada berlaku kasar kepada kedua ibubapa kita apatah lagi meninggikan suara dihadapan mereka ketika mereka sudah lanjut usia…sentiasalah kita berdoa kepada kedua ibubapa kita dengan doa yang setiap kali kita baca selepas selesai solat : “ Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku , kasihani mereka sepertimana mereka mengasihiku dan mendidikku sejak kecil lagi “.amiin…
2 ) Tingkahlaku dijaga dan akhlak dipelihara.
Anak soleh dan solehah sentiasa menjaga tingkah laku daripada melakukan perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri…apatah lagi melakukan perkara yang boleh mendatangkan malu kepada keluarga…Tidak dinafikan manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa terutama dosa kecil yang kadang kala kita tidak perasaan perkara yang kita buat itu mendatang dosa…tetapi ALLAH itu Maha Pengampun…apabila kita melakukan dosa , cepat-cepat kita beristiqfar dan memohon ampun kepada Yang Maha Esa…Untuk menjadi anak yang soleh dan solehah perlu kita menjaga akhlak kita,kerana akhlak merupakan faktor utama untuk menjadi anak yang soleh dan solehah, jika akhlak kita tidak dijaga tidak mungkin kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah…